LATAR BELAKANG PENGAKAP KELANA MALAYSIA

LATAR BELAKANG 

Pengakap Kelana adalah pengakap bahagian dewasa di bawah Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) dan terbuka kepada belia yang berusia diantara 17 1/2 tahun sehingga 26 tahun. Pengakap Kelana memberikan keseronokan malah mewujudkan pengalaman, persahabatan dan menawarkan aktiviti yang menarik kepada semua belia yang menyertai. Aktiviti-aktiviti kelana dijalankan bersama ahli-ahli di dalam satu pasukan/kumpulan yang dipanggil Krew Pengakap Kelana.

Program Krew Kelana menawarkan aktiviti dan keseronokan di serata dunia dari segi fizikal dan cabaran mental, memberi peluang untuk berkhidmat kepada masyarakat luar serta menyediakan peluang untuk melancong dalam Malaysia dan juga diluar negara. Ahli-ahli Krew Kelana akan diberi tugas untuk menguruskan krew sendiri dan memastikan Program Latihan Pengakap Kelana dijalankan.

Menyertai krew kelana adalah satu langkah bijak dan berfaedah dalam hidup. Ia membuka pintu persahabatan, memberi keseronokkan, cabaran dan pengalaman berharga yang sukar dilupakan.

Program Kelana Berasaskan beberapa aktiviti seperti:
1) Perkhidmatan (Service)
2) Sosial (Social)
3) Cabaran Luar (Outdoor Advanture)
4) Aktiviti Minda (Mental Challange)
5) Pembinaan Semangat (Spiritual Development)

Krew Kelana boleh mengadakan program sendiri yang boleh dipelbagaikan mengikut minat dan idea ahli-ahli krew. Pengurusan dalam Krew Kelana adalah terletak ditangan ahli-ahli krew. Perlantikan pihak krew atasan adalah dibawah pemilihan ahli kelana yang menguruskan hubungan antara krew dengan bantuan dan bimbingan daripada Penasihat Kelana

PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP KELANA