LENCANA PENGEMBARAAN



Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui memiliki pelbagai kegiatan dan aktiviti pengembaraan dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan rancangan pengembaraan tersebut.


A. PENGEMBARAAN
1. Menjalankan salah SATU  daripada pilihan pengembaraan berikut:

  • Berjalan kaki sejauh 60km (masa bermalam: minima 2 malam)
  • Berdayuh sampan/rakit/kayak sejauh 30km (masa bermalam: minima 2 malam)
  • Berbasikal sejauh 100km (masa bermalam: minima 2 malam)
  • Bermotosikal sejauh 500km (masa bermalam: minima 2 malam)
  • Berkereta sejauh 800km (masa bermalam: minima 2 malam)
  • Berkenderaan awam (bas/kereta api) sejauh 1000km (masa bermalam: minima 2 malam)
*Semua perjalanan di atas hendaklah merangkumi tidak kurang dari 3 perjalanan kecil yang berasingan dan berbeza keadaan geografinya.



B. Laporan Pengembaraan
1. Menyediakan buku log pengembaraan yang lengkap dan dikemaskini yang disertakan bahan sokongan seperti gambar, lakaran, peta, rakaman video dan menyerahkan kepada penilai dalam tempoh 15 hari selepas tamat pengembaraan.
2. Bahan sokongan seperti gambar, gambarajah, peta dan rakaman video serta seumpamanya hendaklah diserahkan kepada Penilai bersama Buku Log Pengembaraan.



C. Persediaan Perjalanan
1. Setiap pengembaraan perlu ada persediaan dan destinasi hendaklah dirancang terlebih dahulu.
2. Tempat-tempat sejarah dan rekeasi, perusahaan kampung, kehidupan kelompok kecil, penempatan orang asli dan tempat yang boleh memberi cabaran eloklah dimasukkan ke dalam program pengembaraan.
3. Rancangan pengembaraan hendaklah dipersetujui oleh Ketua Kelana, ketua kelana hendaklah memberi nasihat, panduan serta peraturan bagi memastikan pengurusan pengembaraan mengikut cara berpengakap.
4. Mesti mengatahui cara menyediakan Buku Log Pengembaraan. Pekara penting yang wajib ada:

  • Tarikh, masa, waktu tiba dan waktu berlepas.
  • Pada pengembaraan mesti ada gambaran keadaan alam semula jadi.
  • Rekod temu ramah, kajian dan pendapat.
  • Projek (jika dikendaki membuat projek, lokasi ,penyertaan masyarakat, masalah, kejayaan )
  • Cetusan rasa digambarkan melalui lukisan, foto, rakaman video, puisi, dan sebagainya.
  • Langkah keselamatan hendaklah diutamakan (penilaian dan risiko) 

D. Peringatan
1. Ahli boleh melaksanakan pengembaraan di dalam satu krew diantara 2 hingga 4 orang sahaja.
2. Ahli hendaklah sentiasa menjaga imej Pengakap Kelana dan juga menunjukkan contoh teladan yang baik kepada masyarakat.

* Pemakluman Pengembaraan dan kebenaran Pesuruhjaya Daerah serta Pihak Berkuasa (Polis,Jabatan Hutan,Bomba dan lain-lain) hendaklah diperolehi sebelum pengembaraan dimulakan.


E. Kaji Cuaca
Ahli hendaklah mencatatkan pemerhatian keadaan cuaca disepanjang perjalanan pergembaraan dengan format yang lengkap seperti catatan keadaan cuaca semasa. Kedudukan arah angin, bacaan suhu, ketinggian (altitude), jenis awan dan lain-lain yang berkaitan dengannya.