ANUGERAH B-P

A. Setelah seorang Pengakap itu telah memenuhi dan mencapai syarat-syarat Lencana Pengakap Kelana (Wajib) dan Lencana Pengakap Kelana (Pilihan), Pengakap Kelana itu akan dianugerahkan Anugerah B-P.

B. Untuk mendapatkan Anugerah B-P ini, Pengakap Kelana tersebut hendaklah berumur di antara 18 hingga 26 tahun sahaja.


C. Borang Percalonan Anugerah B-P akan disediakan oleh pihak Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia.

D. Sijil dan Anugerah B-P ini akan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia.