LATAR BELAKANG PASUKAN KELANA C MUAR

LATAR BELAKANG PERTUBUHAN PASUKAN KELANA C MUAR BANDAR MAHARANI BANDAR DIRAJA. JOHOR


Ditubuhkanpada 17 oktober 1984 oleh Tn Abdul Razak Bin Talib (9W2JKT), selaku Pen.Pesuruhjaya Pengakap Malaysia Daerah Muar Johor dan disokong sepenuhnya oleh Tuan Haji Karim bin Haji Rahim selaku Pasukan Latihan Pengakap Malaysia Negeri Johor serta disokong oleh Tuan Haji Ibrahhim bin Jonid selaku Ketua Pesuruhjaya Pengakap Malaysia Negeri Johor.

Pada tahun 2016, Pasukan ini dihidupkan semula dan diuruskan oleh Tuan Irfan Shazwan bin Samaden (9W2EYX) selaku Pen. Pesuruhjaya Pengakap Malaysia Daerah Muar dan disokong serta dibantu oleh beberapa pihak penganjur, dan Tuan Abdul Razak bin Abdul Talib selaku Pen.Pesuruhjaya Pengakap Malaysia Daerah Muar Johor serta Tuan Zainee bin Khamis selaku Ketua Pesuruhjaya Pengakap Malaysia Daerah Muar Johor.



LATAR BELAKANG DAN MAKSUD LOGO PASUKAN KELANA C MUAR BANDAR MAHARANI BANDAR DIRAJA. JOHOR

Simbol dan imej yang terdapat pada logo Pasukan Kelana C Muar Bandar Maharani Bandar Diraja merupakan seekor serigala yang sentiasa memperjuangkan visi dan misi serta menjalankan tugas dalam kumpulan serta berkerjasama. Serigala adalah sejenis haiwan karnivor yang berukuran besar dan mempunyai anggota badan yang terbesar dari anjing, dan berasal dari kumpulan yang sama degan Dingo dan Coyote iaitu keluarga Canidae. Serigala secara umumnya dijumpai disemua bahagian dari sebelah bumi terutamanya dibahagian utara. Mereka mempunyai sikap pemalu dan berhati-hati disaat berada bersama dengan manusia tetapi tidak mempunyai sifat seperti anjing. Haiwan serigala ini merupakan haiwan yang suka bertindak dalam kumpulan dan berkerjasama. Serigala merupakan haiwan pemburu yang setia, iaitu pemburu yang boleh menjadi sahabat kepada si pemburu. Kesetiaan serigala yang sangat tinggi dipanggil sense of brotherhood. Sebagai contoh sifat serigala ini, andai melihat serigala yang luka, maka serigala yang lain akan berburu dan mencari makanan untuknya serta menjaga rakannya yang cedera itu sehingga sembuh.