LENCANA KEPIMPINAN


Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui memiliki pelbagai kemahiran, kepimpinan dan pengurusan dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program seperti Kursus, Seminar, Bengkel, Campfire Night.


Menjalankan salah SATU daripada perkara-perkara berikut:


A. KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU
Menghadiri Kursus Kepimpinan Manikayu hingga Peringkat II


B. PENGURUSAN ACARA
Mengetuai sebuah Jawatankuasa atau mengambil bahagian dalam sebuah jawatankuasa penganjuran sesuatu acara contohnya: Perkhemahan Daerah, Jambori, Perhimpunan Kelana, Forum, Seminar, Bengkel, Kursus dan lain-lain.


C. KURSUS PEMANTAPAN
Menghadiri kursus pemantapan dan kecermelangan diri contohya: Kursus Motivasi, Kursus Pengurusan Masa, Kursus Pendidikan Kesihatan dan lain-lain.


D. KOMUNIKASI DAN PENGUCAPAN AWAM
Menghadiri kursus Pengucapaan Awam dan Komunikasi yang dianjurkan oleh pihak yang bertauliah.


E. PENTADBIRAN
Menjawat jawatan pentadbiran dan di dalam mana-mana persatuan yang diiktirafkan dan sah dari undang-undang.


F. ANUGERAH KEPIMPINAN
Menerima Anugerah Kepimpinan daripada mana-mana organisasi dan agensi contohnya: Anugerah Kepimpinan Perdana, Anugerah Remaja Perdana, Anugerah Kepimpinan Belia dan lain-lain.