Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui memiliki pelbagai kemahiran, ilmu pengatahuan dan kecekapan dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan perkhidmatan.
A. BANTU MULA (WAJIB)
1. Calon dikehendaki mengikuti latihan atau kursus yang diakui oleh mana-mana persatuan atau mana-mana PEGAWAI PERUBATAN BERTAULIAH yang mengendalikan latihan rawatan dan pertolongan cemas dalam jangkamasa tertentu.
2. Calon hendaklah mempunyai pengatahuan berkenaan seperti butiran di bawah dan juga mempunyai kemahiran bertindak memberi rawatan kecemasan:
- Mengatahui tujuan dan peraturan rawatan kecermasan dan keadaan yang memerlukannya.
- Mengatahui dan memahami struktur tubuh badan dan peranannya.
- Mengatahui peredaran darah manusia serta jenis pembuluh.
- Mengatahui jenis-jenis luka serta jenis pembalutan serta cara menghentikan pendarahan dari mulut, hidung dan telinga.
- Mengatahui cara merawat gigitan serangga, binatang kecil dan binatang berbisa.
- Mengatahui punca dan cara merawat keracunan daripada makanan, bahan kimia dan lain-lain.
- Mengatahui sistem pernafasan manusia dan merawat permasalahan bantu mula bagi permasalahan berkaitan dengan sistem pernafasan.
- Mengatahui dan mengaplikasikan teknik pemulihan pernafasan.
- Mengatahui dan merawat jenis patah tulang dan anduhan serta cara memindahkan mangsa yang cedera.
- Mengatahui PETI PERTOLONGAN CEMAS serta alatan didalamnya.
B. KEBAJIKAN AM (WAJIB)
Menganjurkan suatu projek PERKHIDMATAN MASYARAKAT yang melibatkan masyarakat setempat dan minima SATU daripada bahagian C dan D.
C. PEMELIHARA ALAM SEKITAR
1. Ahli dikehendaki berhubung dengan PESURUHJAYA DAERAH atau JAWATANKUASA PROGRAM DAERAH untuk menentukan projek-projek kempen pemeliharaan alam sekitar yang dapat dijalankan ditempat masing-masing dalam tempoh TIGA BULAN.
2. Antara projek-projek yang disyorkan adalah seperti:
- Kempen Kebersihan Alam Sekitar
- Kempen Kitar Semula
- Kempen Kawasan Angkat Krew
D. KEBAJIKAN
Menjalankan aktiviti seperti berikut:
- Menjalankan projek bantuan yang boleh disampaikan kepada mangsa bencana alam.
- Menjalankan Projek Anak Angkat Krew Pengakap Kelana sama ada kepada Kumpulan-Kumpulan Pengakap atau kawasan-kawasan yang bersesuaian untuk perkhidmatan berterusan.
- Menderma darah seminima 3kali kepada hospital kerajaan atau Pusat Darah Malaysia serta mempunyai rekod yang sah.
- Menjalankan perkhidmatan di Rumah Kebajikan.