LENCANA KEAHLIAN



Lencana ini dianugerahkan kepada ahli pengakap sebagai mengakui bahawa ia adalah seorang Ahli dalam Persaudaraan Pengakap Malaysia dan Dunia.

Sebelum dilantik menjadi ahli Pengakap dan dianugerahkan Lencana Keahlian, seorang bakal Pengakap Kelana akan diuji dalam pekara-pekara berikut, untuk memberi pengatahuan dan kemahiran asas dalam pengakap.

1. Memahami dan Menerima Persetiaan & Undang-undang Pengakap.

2. Dapat menerangkan tujuan Pergerakan Pengakap dan menyedari peranan Pengakap Kelana.

3. Mengatahui sejarah Pergerakan Pengakap di Malaysia dan Pergerakan Pengakap Antarabangsa.

4. Menjalankan kerja-kerja amal kepada masyarakat setempat bersama pasukan minima masa 6 jam.

5. Mengatahui cara simpulan dan ikatan berikut:
  • Buku Sila (Reef Knot)
  • Bunga Geti (Sheet Bend)
  • Simpul Manuk (Clove Hitch)
  • Tindih Kasih (Bowline)
  • Lilit Dua Simpul (Round Turn and Two Half Hitch)
  • Lilit Pemati Biasa (Common Whipping)
  • Ikatan Seraya (Square Lashing)
  • Ikatan Serong (Diagonal Lashing)
6. Mengamalkan Ajaran Agama masing-masing.