LENCANA ICT


Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui memiliki pelbagai kegiatan dan aktiviti luar dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam teknologi komunikasi maklumat dan hubungan antarabangsa.

Menjalankan salah SATU dari berikut:

A. TEKNOLOGI MAKLUMAT
Menjalankan aktiviti-aktiviti berikut:
1. Mengatahui perkara-perkara asas berkenaan pengendalian komputer.
2. Boleh melayari internet menggunakan enjin pencarian untuk proses pencarian maklumat.
3. Menyediakan sebuah persembahan/laporan/log yang sesuai dengan menggunakan perisian-perisian berikut bagi:
  • Windows, Linux, Macintosh
  • Microsoft Office
4. Menghasilkan sebuah persembahan multimedia.
5. Menghasilkan dan mentadbir sebuah laman web seminima 3 bulan.


B. KOMUNIKASI PERHUBUNGAN
Menjalankan aktiviti-aktiviti berikut:
  • Mengirim berita menggunakan Kod Mose (Lampu atau Buzzer) dengan kelajuan 15 perkataan seminit.
  • Mengirim berita menggunakan isyarat bendera semaphore dengan kiraan seminima 25perkataan seminit.
  • Lulus peperiksaan Lesen B Radio Amatur yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). 



C. PERHUBUNGAN ANTARABANGSA
Melibatkan diri secara aktif di dalam mana-mana aktiviti Kelana peringkat kebangsaan atau menjalankan aktiviti yang menghubungkan persaudaraan di antara Kelana Malaysia dan Kelana Antarabangsa.