LENCANA KEMAHIRAN



Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui memiliki pelbagai kemahiran, kegiatan dan aktiviti luar dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan kegiatan seperti berkhemah, projek perintis, ikhtiar hidup dan pandu arah.


A. BERKHEMAH
1. Pengatahuan dan berkebolehan berkhemah secara teori dan praktikal berdasarkan tajuk-tajuk berikut:

  • Pengurusan dan pentadbiran perkhemahan.
  • Persediaan sebelum, semasa dan selepas perkhemahan.
  • Pemilihan tempat dan tapak, penyediaan peralatan dan makanan.
  • Jenis khemah dan cara mendirikannya.
  • Dapur, alatan dan gejet serta kegunaannya.
  • Aktiviti dan program perkhemahan.
  • Kesihatan dan kebersihan.
  • Aturan penutupan perkhemahan.
2. Nota: Pekara yang perlu dibuat oleh setiap ahli:
  • Berkhemah seminima 10 malam di dalam siri-siri perkhemahan dan menyediakan laporan perkhemahan.
  • Mendirikan khemah kecil/pondok untuk berlindung.


B. PROJEK PERINTIS
1. Mengambil bahagian berkumpulan membuat SATU Projek Perintis baagi setiap kategori yang dinyatakan dibawah:
  • Jambatan
  • Menara
  • Lain-lain (merangkumi projek perintis pengangkutan,permainan dan selain yang dinyatakan diatas).
2. Menyediakan model bagi semua PROJEK PERINTIS  yang telah dibina dalam bahagian (1).
3. Pengurusan Kuartermaster: Menyatakan, memahami dan menjalankan peranan sebagai KUARTERMASTER yang menguruskan segala peralatan dan bahan projek perintis supaya berada dalam keadaan baik, teratur dan selamat.


C. KAWAD
Mengatahui tatacara dan hukuman kawad.
  • Kawad Kaki Pengakap.
  • Kawad Tongkat Pengakap.
  • Mengatahui dan memenuhi segala syarat untuk menjadi seorang KETUA KAWAD.


D. ORIENTEERING
Mengatahui asas orienteering dan dapat mengaplikasikannya di dalam pelbagai siri latihan dan aktiviti yang dijalankan.


E. IKHTIAR HIDUP
Mengatahui asas ikhtiar hidup dan dapat mengaplikasikannya di dalam pelbagai siri latihan dan aktiviti yang dijalankan.


F. PENGANGGARAN
Mengatahui sistem penganggaran dan dapat mengaplikasikannya di dalam pelbagai siri latihan dan aktiviti yang dijalankan.